Monday, September 26, 2016

PENGENALAN

SMK Munshi Abdullah mempunyai visi yang jelas iaitu sekolah Unggul Generasi Terbilang. Bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memartabatkan bidang pendidikan melalui NKRA, SMK Munshi Abdullah sedang berusaha untuk menjadi Sekolah Cemerlang diperingkat daerah ,negeri ,mahu pun kebangsaan.

Pihak kami yakin dengan adanya kemudahan kondusif untuk proses Pengajaran d pembelajaran pasti dapat merealisasikan cita-cita ini.

Oleh itu satu usaha untuk menaik taraf Taman Herba yang ada sebagai Pusat Sumber Pendidikan . Taman Herba ini akan dilengkapi dengan pelbagai jenis tanaman herba untuk memberi kemudahan khususnya kepada pelajar—pelajar Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian , Sains Pertanian dan PendidikanKhas. Disamping itu juga memberi kemudahan kepada warga sekolah, malah masyarakat setempat dan agensi-agensi luar.

Sokongan daripada pihak PIBG amat kami harapkan untuk menampung kewangan bagi proses mengujudkan Taman Herba bagi kegunaan pembelajaran yang lebih kondusif. Taman Herba D’Munshi ini terhasil daripada gabungan tiga kompenan utama iaitu Pendidikan Khas, Taman Herba serta Taman Agro Integrasi.

0 comments:

Post a Comment