Showing posts with label Herba. Show all posts
Showing posts with label Herba. Show all posts

Sunday, September 25, 2016

Herba Ubatan

Pokok ubat-ubatan adalah merujuk kepada tumbuhan yang boleh dijadikan ubat-ubatan herba bagi merawat penyakit secara tradisional. Adalah dicadangkan pokok-pokok ubat-ubatan ini ditanam dan diperihara dengan baik agar pokok-pokok serupa ini tidak pupus dan semoga satu ikhtiar memperkembangkan ubat-ubatan tradisional terus dilakukan

Herba Ubatan
1. Misai Kucing
2. Belalai Gajah
3. Rama-rama

Herba Ulaman


Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, atau direbus sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga. 

Di Malaysia terdapat lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada tumbuhan kecil dan melata jenis semusim seperti pegaga sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering dan dan kerdas. 

Berikut adalah senarai ulam yang biasa dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu. Ulam-ulaman ialah sayuran atau tumbuhan berdaun yang dimakan mentah atau sekadar dicelur. 

Ulam biasanya mudah dijumpai dan didapati di sekitar rumah sahaja. Pokok-pokok ulam juga mudah untuk ditanam dan dijaga. Kebiasaannya, ulam dimakan bersama sambal belacan dan nasi putih. Selain dimakan sahaja, ulam juga boleh dibuat kerabu dan sayuran. Ulam diambil dari pelbagai bahagian pokok yang boleh dimakan seperti pucuk, batang, ubi, buah, biji dan bunga. Ulam-ulaman mengandungi pelbagai khasiatnya yang tersendiri.

Herba Ulaman
1. Pegaga
2. Cekur